Tuesday, March 1, 2011

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG ANWAR IBRAHIM.....

ANWAR IBRAHIM akan kembali ke habitat yang sepatutnya tidak lama lagi. Malaysia pasti akan lebih aman dan makmur kerana habitatnya itu mampu memerangkap aura-aura jahat ANWAR IBRAHIM dari terus merosakkah kesejahteraan hidup rakyat Malaysia!!!!




‘Lelaki Y’ diketahui hari ini?

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Selepas 12 hari asid deoksiribonukleik (DNA) ‘Lelaki Y’ dinyatakan sebagai penyumbang utama di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari Azlan, identitinya mungkin diketahui esok.
Pendedahan identiti itu dijangka berlaku apabila pihak pendakwaan memanggil beberapa saksi yang berkaitan dengan pengumpulan beberapa barang kes seperti sehelai tuala ‘Good Morning’, berus gigi dan satu botol minuman air mineral jenama ‘Cactus’.
Turut dikumpulkan bersama-sama barang-barang tersebut ialah dua helai bulu.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memaklumkan perkara tersebut selepas peguam bela, Sankara Nair selesai menyoal balas saksi pendakwa ke-13, Tan Theong Yean.
Turut dijangkakan, pelbagai bantahan dan hujahan akan dikemukakan oleh barisan pembelaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung barang-barang kes dan pengumpulannya.
‘‘Berkaitan dengan mengemukakan barang-barang kes dan pengumpulannya oleh pendakwaan tidak akan ambil masa lama tetapi bantahan barisan pembelaan mungkin akan panjang kerana mereka dikatakan ada asas untuk berbuat demikian,’’ ujarnya.
Pada 23 Februari lalu, saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ujian analisis profil DNA terhadap tuala, berus gigi dan botol minuman menunjukkan wujudnya profil DNA Lelaki Y.
Lelaki Y juga, dalam keterangan ahli kimia itu, merupakan satu-satunya penyumbang DNA pada barang-barang tersebut.
Pada 17 Februari lalu, Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong menyatakan, ujian analisis profil DNA pada empat calitan putik kapas menunjukkan kehadiran profil DNA Lelaki Y di dalam rektum dan permukaan dubur (perianal) Mohd. Saiful Bukhari.
Beliau bagaimanapun, sehingga hari terakhir memberi keterangan di mahkamah, tidak mengetahui identiti sebenar penyumbang DNA itu.
Terdahulu, bekas pengurus residen Kondominium Desa Damansara, Mohd. Aris Ahmad, 46, menyatakan, tetamu penghuni kondominium tersebut boleh memasuki ke premis itu dengan beberapa cara.
Salah satu daripadanya ialah dengan tuan rumah memaklumkan kepada pihak pengurusan atau balai pengawal bahawa beberapa tetamunya akan datang, kata saksi pendakwaan ke-12 itu.
Tetamu juga perlu memasukkan nombor rumah yang hendak dituju pada panel bersebelahan pintu lobi sebelum pintu lobi dibuka oleh tuan rumah bagi membolehkan tetamu terbabit menuju ke lif.
Pada 3 Februari tahun lalu, Mohd. Saiful Bukhari menyatakan dia perlu menyebut ‘Mokhtar’ apabila tiba di pos pengawal kondominium terbabit sebelum dibenarkan masuk.
Dia juga perlu memasukkan nombor 1151 dan menyatakan ‘Mokhtar’ sekali lagi kepada tuan rumah yang dikenali sebagai En. Hasanudin melalui interkom sebelum dibenarkan memasuki bahagian lobi lif.
Sementara itu, Theong Yean memberitahu, kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kondominium terbabit menggunakan sistem pengesan pergerakan.
Ujarnya, kamera tersebut akan merakam apa jua pergerakan yang berada dalam sudut 85 darjah dan akan berhenti merakam apabila tiada pergerakan.
Menyifatkan dirinya sebagai seseorang yang mempunyai daya ingatan yang baik, ahli perniagaan itu menyatakan, perbezaan masa pada sistem kamera di balai pengawal dan bilik pengurusan kondominium ekoran setiap satu mempunyai komputer yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment