Monday, March 14, 2011

YB HADIR 21 KENDURI SEHARI......HEBAT KE ???PERLU MASUK AKHBAR KE????

YB Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah.......inikah kualiti YB UMNO yang perlu dihebahkan di media massa....makan kenduri 21 kali sehari...memanglah sekarang musim kenduri....manusia biasa pun banyak kenduri....lainlah kalau masuk kat media massa aktiviti pembangunan fizikal dan kemajuan masyarakat kampung ke...itu baru hebat!!!!!




Habih tu nanti  suatu hari bila cucu tanya apa jasa TOKWAN yang paling DAHSYAT kat orang kampung masa TOKWAN jadi wakil rakyat dulu....takkan nak jawab ADA SEKALI TU TOK WAN PI KENDURI 21 KALI SEHARI!!!!

 Budak-budak muda baca pun nak tergelak...........macamlah kalau YB tak pi.... kenduri tu tak jadi..lainlah kalau keluar berita YB BIAYA SEPENUHNYA 2I KENDURI ORANG KAMPUNG!!!!BAru gempaQ!!!!!

7 comments:

  1. tak bolih pulak...kalu YB tu supurt kenuri 21 rumah...sat lagi puak pakatan buat repot kat SPRM.
    mampoih....

    ReplyDelete
  2. hisham...selagi kita perintah Malaysia..buat tak heran saja dgn puak Pakatan ni...cari duit byk2..bantu orang kampung buat kenduri (bukan tukaq pakai VELLFIRE plak)...buat serentak 21 kenduri..YB sposor 100%...yg penting rakyat gembira....yb kalah pun tak pa lps tu!!!!Kalah BERGAYA!!!!BARU GEMPAQ.....hu3

    ReplyDelete
  3. Salam Bro,

    Sila ikuti sepenuhnya program ADUN Belantek melalui blog beliau iaitu

    http://onesik.blogspot.com/ sebelum 'jump to the conclusion'.

    Dan bagi seorang YB makan kenduri itu adalah sebahagian dari tugas di mana ketika itulah beliau dapat bertemu rakyat secara langsung dan ketika itu jugalah 'klinik bergerak' beliau turut berfungsi.

    Mungkin waratawan itu menulis terlalu ringkas sehingga kita membuat pelbagai tafsiran. ADUN Belantek bukanlah Yang Berhormat bermusim seperti sesetengah YB tetapi Tajudin adalah Seorang Yang Berkhidmat walau ada ketika kesihatan beliau tika itu kurang memuaskan.

    Dalam pada masa yang sama saya ingin mengucapkan TAHNIAH di atas BLOG yang hebat ini.

    Saya nak jemput JKKKP KSS untuk turut serta dalam program harian beliau pada bila-bila masa yang tuan fikirkan sesuai atau mungkin kita boleh bincang tarikh yang bersesuaian?

    Saya juga ada di dalam pertemuan SULIT yang dah tak SULIT lagi bila JKKKP KSS siarkan waima sedikitpun....regards

    ReplyDelete
  4. detguaq...
    terlebih dahulu JKKKPKSS mohon beribu kemaafan sekiranya penulisan ini menggguris hati detguaq.

    bukan JKKKPKSS nak jump to the conclusion..tetapi pembaca UTUSAN MALAYSIA yg buat CONCLuSION...
    1. sama macam YB kita juga asyik cerita pasai kenduri saja
    2. selalunya YB yg dok memperojekkan "jumlah kenduri" ni adalah YB yang tak dak kerja atau tak tau buat kerja atau tak ada sebarang idea pembangunan..jadi cerita yang boleh dijaja bila berjumpa masyarakat atau penyokong atau media ialah cerita kehebatan atur makan kenduri!!!
    3. memang manghadiri majlis kenduri suatu kemestian untuk para YB dan YB yang tak pergi kenduri akan kalah PRU...tapi biaqlah penduduk DUN sahaja yang tahu akan kehebatan YB mereka atuq makan kenduri...malu sangatlah bila sampai masuk media macam YB BOLEH HADIR BANYAK KENDURI SEHARI ADALAH PERKARA AJAIB DUNIA YANG KE 8 pulak

    apa yg saya tulis ini adalah berdasarkan reaksi spontan segolongan pembaca isu kenduri ini.

    siapa dan apa kepentingan mereka untuk menelaah http://onesik.blogspot.com/. pengerusi perhubungan negeri pun saya ingat tak sempat nak tengok blog ni..blog2 kita semua...

    penulisan JKKKPKSS seperti juga detguaq hanyalah bertujuan untuk memperingati semua pemimpin UMNO agar berhati-hati dengan media..jangan terlalu syok bila diprojekkan oleh media


    Mengenai pertemuan SULIT tu memang sebenarnya tak sulit pun sebab 1 Sg petani dah tahu akan kehadiran Dato' Mukhriz dan tau tujuan beliau ke SP INN..sj JKKKPKSS syok sendiri mengklasifikasikannya sbg sulit untuk disesuaikan dengan mesej yg nak disampaikan kepada pemimpin UMNO Bahagian Kuala Kedah!
    Lagipun JKKKPKSS hanya menyampaikan mesej yang sering disampaikan oleh kepimpinan UMNO 1 Malaysia...iaitu CALON YANG BOLEH MENANG DAN MEMPERKASAKAN UMNO!!!

    sekali lagi JKKKPKSS mohon jutaan kemaafan kerana tidak terlintas langsung untuk menjatuhkan maruah YB dan mengguris hati detguaq.

    ReplyDelete
  5. Memang susah jadi YB ya?
    Tak datang kenduri bila dijemput kata sombong. Kalau dah banyak sangat jemputan yang dipenuhi kata sibuk pegi kenduri saja kerja lain tak jalan.

    Bagi aku, datang kenduri atas jemputan adalah sesuatu yang disyorkan oleh agama iaitu "memenuhi pelawaan saudara". Di samping itu ianya adalah peluang untuk wakil rakyat bertemu dengan lebih ramai rakyat walaupun bukan untuk mendengar masaalah mereka tetapi sekurang-kurangnya berkat bermanis muka dan beramah mesra. jangan nanti terperuk dipejabat tak nampak muka nak jumpa pun susah.

    Tapi, orang lain ada pendapat masing masing atau ada agenda masing-masing terutama pembaca akhbar yang ramai yang lebih bijak dan pandai. wallahualam

    ReplyDelete
  6. sedagha aku pun bulan 2 haghi tu buat kenughi gak...kat pdg sanai.
    sehaghi sebelum kenughi TOK LI mai..dia kata dia tak dapat hadhir pasai ada hai..sebelum balik dia hulorq sebelah tangan dalam envelope.
    haghi kenughi TOK DET mai...bawa dekat sepuloh escort dia...aku pangge escort....yang sebenarq aku tak tau.
    TOK DEK balik SYED SOBRI and the gang pulak sampai.
    awat lagu tu?....depa tak bolih jumpa muka ka?...saja nak tanya...
    tuan kenughi ni memang tak lepaih peluang jemput YB mai ghumah depa pasai dok haghap YB punya hulorq lebat.
    sedagha aku tu ketua wanita cawangan...memang kuat kegheja dalam umno.
    kaki gaduh tu...kalu masa kempen dia ghedah tak kigha sapa.
    lebat jugak masyuukk haghi tu.
    yang tak best kalu YB tu mai makan..cuci tangan,dok tak dan 10minit nak beghambuih...oghang kampong meluat juga.
    ada juga YB yang takut jumpa pengundi..takut oghang kampong minta bantuan..

    ReplyDelete
  7. B@B dan Paklong...bagus p kenduri dan YB wajib p kenduri..kalau tak gerenti kalah punya...tp tak payahlah kot sampai masuk paper seolah2 mcm naik kejayaan gunung everest...lainlah kalau yg keluar paper gambar YB tgh bantu org sakit...melawat rumah pnduduk yg nk roboh...YB sasar menyelesaikan 15 masalah rakyat sehari...takut kalau kenduri jd benchmark... nanti tiap2 hari semua YB nak masuk kan berita depa pi kenduri..ada yg smpai 50 kenduri..60 kenduri sehari..pakat2 nak tunjuk hebat...tapi ada segolongan pengundi gelak nak pecah perut pikiaq level of thinking YB2 kita!!!!

    ReplyDelete